INFO RINGKAS

RAFFLESIA 10 KELOPAK



IPOH 26 Jun - Bunga pakma atau Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia lazimnya ditemui mempunyai lima kelopak.
Bagaimanapun, spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik dekat sini, Sabtu lalu.
Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.
Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.

SUNGAI ASET NEGARA




Sungai mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan manusia
Sungai merupakan salah satu aset negara yang bernilai dan bukannya menjadi  satu bebanan (liability) yang perlu diperlihara. Sungai yang tercemar perlu di pulih dan dirawat agar ia boleh diproses dan digunakan sebagai sumber air mentah. Melalui program 1Negeri 1Sungai, rawatan ekstensif diperlukan untuk meningkatkan tahap kualiti air terutama sungai kelas 3 dan kelas 4.
Sungai bukan sahaja berfungsi sebagai saluran air, malah ianya juga sebagai sumber air bersih, sumber tenaga, sumber makanan, pengangkutan, kawasan rekreasi dan sebagainya.  Oleh itu program pemuliharaan perlu dilaksanakan secara berterusan.
Proses globalisasi telah membawa kepada pembangunan yang pesat sehingga menyebabkan masalah pencemaran sungai kian berleluasa. Sebahagian besar pencemaran yang terjadi adalah kesan daripada aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti pembangunan tanah, perindustrian, pertanian, perlombongan dan pembalakan serta loji rawatan kumbahan.


Penlestarian sungai  perlu  dikekalkan agar  dapat dinikmati oleh generasi akan datangDengan ini pendidikan alam sekitar dan Kempen Cintailah Sungai Kita merupakan salah satu saluran untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai. Kesedaran ini harus dipupuk di peringkat sekolah sehingga ke universiti yang merangkumi segenap lapisan masyarakat. Dengan ini, pengurusan sungai secara bersepadu dapat menjadi fokus utama ke arah pencapaian matlamat tersebut.  Pembangunan yang lestari dan seimbang perlu  dikekalkan agar sumber alam ini  dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Sungai memerlukan pengurusan yang baik kerana ia memberi pulangan dalam menjana ekonomi negara.  Oleh itu, program pemulihan dan pengurusan perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesinambungan dan survival sungai supaya persekitarannya dapat dipertahankan.

KEMPEN TANAM 26 JUTA POKOK
















Kempen Tanam 26 Juta Pokok
Sempena Hari Bumi Sedunia, Malaysia melancarkan kempen di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014. Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika ini. Dengan bertemakan Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok.

Sebanyak 16,200 pokok telah ditanam dengan 500 daripadanya ditanam di tapak pelancarannya.

Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas di Presint 5 berhadapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selain di Putrajaya, pokok lain ditanam di tapak pelancaran di Alor Setar, Kedah; Kangar, Perlis; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak; Bachok, Kelantan; Kemaman, Terengganu; Pulau Melaka, Melaka; Seremban, Negeri Sembilan; Kulai, Johor; Temerloh, Pahang; Padang Kota Lama, Pulau Pinang; Hulu Selangor, Selangor; Kota Kinabalu, Sabah; dan Petra Jaya, Sarawak.

Semasa melancarkan kempen itu Datuk Seri Unggah berkata,"Dianggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan terosot, kawasan hutan yang telah dibalak, pesisiran pantai dan kawasan bandar akan ditanam pokok di bawah kempen ini menjelang 2014,"
Katanya lagi, kempen itu selaras usaha kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan negara ini dilitupi kawasan berhutan, selaras komitmen Malaysia di Persidangan Rio pada 1992.

Ketika ini, katanya, jumlah keluasan kawasan berhutan adalah 56.4 peratus dan jika termasuk kawasan tanaman pertanian negara, ia meliputi 75 peratus daripada keluasan tanah negara.

No comments:

Post a Comment