TEKNOLOGI HIJAU

PERTAHANKAN HUTAN



KEPANASAN bumi sememangnya tidak boleh dinafikan. Air lautan akan bertambah juga tidak boleh dinafikan. Pulau-pulau kecil dan kawasan pesisiran pantai pasti tenggelam akhirnya.
Bahawa kepanasan global diakibatkan oleh bertambahnya karbon dioksida juga tidak boleh dinafikan. Bahawa peningkatan karbon dioksida adalah kerana pembakaran bahan api adalah suatu fakta. Begitu juga dengan pembakaran hutan. Kilang-kilang di seluruh dunia juiga menambah panas bumi. Begitu juga pembakaran dalam enjin. Baik kereta mahupun kapal terbang. Kesemuanya menambahkan karbon dioksida.
Apakah manusia sanggup menghadapi pemanasan global ini? Jika tidak ada pilihan lain, maka terpaksalah dihadapi juga. Tetapi bukan saja kenaikan suhu, tetapi perkara-perkara yang berlaku hasil daripada kesan pemanasan global. Ribut taufan dan banjir adalah antara bencana yang akan terhasil. Begitu juga dengan kekurangan air. Lebih-lebih lagi ialah kekurangan makanan akibat usaha tani yang gagal. Kesan buruknya amat besar. Tidak ada pilihan lain oleh manusia daripada mengubah dan menghadapinya.
Tetapi apa yang boleh mengurangkan kecepatan pemanasan global supaya perubahan itu tidak mendadak ialah jika karbon dioksida itu dapat diserap oleh tumbuhan. Salah satu penyebab kepada peningkatan kehadiran karbon dioksida ialah kekurangan tumbuh-tumbuhan di planet bumi.
Penyumbang terbesar kepada proses penyerapan karbon dioksida pula ialah hutan hujan tropika. Itulah hutan yang ada di Nusantara. Kawasan terbesar di Khatulistiwa bagi adanya hutan hujan tropika ialah di tengah-tengah benua Afrika Selatan iaitu Brazil, benua Afrika iaitu Congo dan di Asia Tenggara, iaitu pulau Borneo.


HARI TANPA BEG PLASTIK



Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.
Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke  Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini  kita boleh lihat betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya.
Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.
Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.
Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.
Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.
Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang  menyebabkan banjir, dan merosakkan  kesuburan tanah.
Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.
Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.
Untuk menghasilkan beg  plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.
Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing. 
Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.
Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.
Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China  telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.



HARI AIR SEDUNIA

Air Untuk Bandar: Keperluan Dan Cabaran
Tema sambutan Hari sedunia 2011 ialah “Air Untuk Bandar: Keperluan Dan Cabaran”. Sambutan ini diadakan untuk memperbaharui tekad Malaysia melaksanakan Agenda 21 dalam Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) pada tahun 1992 mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Agenda air merupakan satu Pelan Tindakan Sedunia yang mengandungi matlamat, prinsip, komitmen serta strategi ke arah pengurusan air yang lestari.

Hari Air Sedunia  disambut kerana untuk menarik perhatian masyarakat sedunia tentang kepentingan sumber air bagi kehidupan serta untuk melindungi pengelolaan sumber air secara lestari
Antara faedah-faedah penganjuran Sambutan Hari Air Sedunia ini ialah meningkatkan perhatian kepada kesan dari pertumbuhan pesat penduduk di kawasan bandar, perkembangan pembangunan industri, perubahan iklim dan bencana alam kepada sistem air (permintaan, bekalan dan pengurusan).
Disamping itu juga dapat meningkatkan perhatian dan menggalakkan kerajaan-kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan individu-individu untuk melibatkan diri secara aktif bagi menjayakan pengurusan bersepadu air melalui pendekatan undang-undang, garis panduan dan kesedaran semua pihak.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran 




No comments:

Post a Comment